Saturday 13 April 2013

Segmen Kaizer

Assalamualaikum dan salam sejahtera

   Tadi aku membelog walking belog kawan - kawan sekolah yang linknya tertera di twitter. Then, terjumpa lah belog Aishah Ahmad, one of kawan aku yang sekali bersekolah dekat SMSKB or SAKBA dulu. Aku tertarik dengan post Segmen Kaizer jadi aku terfikir why not aku join sekali. Hehehe, aku kan Kaizerian juga  dulu.

1) Give 5 simple words about SAKBA.
Senyum, sapa, salam, awesome, lovely.

2) Korang rasa korang meletup tak kat sekolah ?
Hohoho, aku rasa aku femes je pasal aku jadi watak utama drama untuk Hari Penutup Orientasi Kaizer 2011 dulu. Lagi pula, aku pernah jadi calon Barisan Kepimpinan Pelajar (BKP) Phoenix and ada segelintir yang sokong aku jadi Penolong Ketua Rumah (PKR) Phoenix. Hahahaha, hormon perasan aku dah naik.

3) Apa perasan masa hari pendaftaran ? Siapa orang pertama korang tegur ? Korang redha tak dengan rumah sukan yang diberi ?
Wahhh, waktu pendaftaran memang excited kemain. Maklumlah first time jejak Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Siapa orang pertama aku tegur ? Seingat aku, aku tegur Nadrah, Farhanah, dan Syafiqah time malam orientasi hari first daftar. Sebelum itu, mak aku yang tegur Nadrah Nafis Amir yang comel tu.

Tak, aku tersangat lah tak redha dengan rumah sukan yang aku dapat masa mula - mula. Aku nak dapat rumah Serphen tapi Kak Yaya bagi aku rumah Phoenix. Yalah, dari Form 1 aku rumah hijau. Susah betul aku nak sebut masa mula - mula aku tau nama rumah sukan aku. Tapi, Phoenix was totally awesome.

4) Apa yang korang bangga about SAKBA ?
Aku bangga pasal SAKBA ada paintball. Memang best arr dapat main time orientasi dengan sukan tara. Tapi, lagi bangga bila SAKBA dah dapat taraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) although aku dah pindah time itu.

5) Tempat paling korang suka kat sekolah ?
Aku paling suka lepak dekat Phoenix 10. Wahhh, semua ahli dorm dia totally awesome and cool. Tapi, aku suka lepak dekat Koperasi pasal banyak makanan. Aku juga suka lepak bilik sakit pasal aku boleh tidur sampai puas :D

6) Nickname dekat sekolah ?
Oleh sebab terlalu banyak sangat orang bernama Alya, Alia, dan Aliyah, semua panggil aku Raja. Sebut ja nama Raja or Kak Raja mesti diorang tahu pasal aku sorang je yang berketurunan Raja dekat situ.

7) Berapa kali korang attend gotong - royong ? Pernah escape prep ? Berapa kali ? Kat mana dan buat apa ?
Disebabkan aku dilantik jadi Penolong Ketua Dorm time Form 4 dan Ketua Dorm walaupun hanya 2 minggu time Form 5, aku terpaksa attend gotong - royong. Tambah pula, aku jadi Ketua Aras walaupun beberapa bulan sewaktu jadi BKP peercubaan.

Pernah escape prep ? Hohoho, terlalu banyak kali sampai tak terkira. Walaupun orang nampak aku ni innocent, aku ni agak jahat sebenarnya. Kadang - kadang, aku lepak Phoenix 10 untuk sembang dengan Aliyah dan Nadrah, takpon aku lepak bilik sakit. Konon sakit teruk sedangkan cari alasan nak qadha tidur ja. Hahahaha

8) Bila first time break the rule ? And how about last time ?
Kan aku dah kata, aku ni jahat orangnya. Minggu first dekat SAKBA aku dah break the rule dengan buat Pulang Bermalam (PBM) sendiri. PK HEM yang kami semua panggil Abah tahu aku PBM ikut suka hati tapi  oleh sebab aku buat muka innocent jadi dia lepaskan aku.

Last time aku break the rule, sehari sebelum aku pindah. Aku mengkucar - kacir kan Shower Room dengan acara bersih aras. Hahaha, bersih aras lah sangat sampai banjir tempat basuh baju dengan shower. Then, aku sesedap oren je main pili bomba sampai lencun dan main kejar - kejar sambil sembur air depan dorm Umi Bazilah si Penolong Ketua Pelajar (PKP) dan Ketua Aspuri. Nasib baik time tu, dia dah tidur tapi esoknya dia kata dia tahu apa aku buat semalam dan lepaskan aku sebab hari itu hari last aku.

9) Berapa kali korang singgah kantin sehari ?
Time Form 4, selalu singgah sehari sekali pasal ada Mee Kuah, Laksa dan Bihun Sup yang totally sedap tak terkata dari Dewan Makan (DM). Bila time puasa, aku singgah banyak kali juga lah pasal nak teman orang or aku rasa tak puas dengan apa yang aku beli tadi. Last - last, membazir je -.-

Time Form 5, aku malas nak singgah pasal kena turun tangga banyak kali. Dah lah aku nak naik dorm kena panjat tangga, pergi kelas kena panjat tangga. Entah berapa banyak tangga lah yang aku kena panjat bila dah naik Form 5. Selama ini aku suka hati je pasal aku punya dorm time Form 4 dekat aras bawah.

10) Semua orang ada kenangan manis. So kenangan pahit ?
Kenangan pahit aku adalah time aku kena gastrik teruk gila - gila time Majlis Makan Malam Phoenix or High Table pasal aku buat kerja tak berhenti - henti.

And disebabkan hal itu, aku bermasam muka dengan kawan - kawan baik aku selama seminggu. Aku menangis teruk sangat seminggu itu.

11) Andai korang ditaklifkan sebagai KP/TKP. Bayangkan apa yang bakal terjadi.
Hohohoho, memang tak akan terjangka. Aku akan buat rule sendiri. Let's rock the school babeh! Habis lah SAKBA, hancur di tangan aku. Mesti cikgu - cikgu akan menyesal pasal lantik aku.

12) Ingat lagi Surau Al - Ikhwan. Apa korang buat di sana setiap hari ?
Solat, baca Quran, berzikir, tidur, bersembang, dengar ceramah agama setiap hari Rabu dengan Sabtu. Dengar Abang Qhani dan BKP lain membebel. Dengar Abah membebel, buat solat sunat kalau sempat.

13) Apa yang terjadi dan korang tak boleh lupa Dewan kat Sri Bertam ?
Minggu Orientasi Form 4 di mana aku boleh terjatuh hati dekat Solihin, Phoenix High Table dengan Minggu Final Exam Form 4 yang soalannya mengalahkan soalan SPM.

14) Korang tetiba kena jadi Pres Aman @ Naib Pres Aman. Amacam ? Layak tak ? Apa yang bakal berlaku ?
Sungguh aku tak layak. Kalau aku jadi, memang rosak lah SAKBA. Sembahyang berjemaah hanya waktu Maghrib je dan digalakkan Solat dalam Dorm (SODORM).

15) Berapa kali korang outing dalam sebulan ? Dengan siapa ? Tempat paling jauh ?
Selagi boleh outing, akanku outing. Kiranya, setiap minggu lah aku outing. Selalu dengan kawan - kawan rapat macam Nadrah, Farhanah, Balqis, takpon balik rumah je pasal rumah aku dekat je. Tempat paling jauh Jusco Bukit Mertajam je.

16) Soalan paling simple. Pernah fly ?
Hahahaha, selalu sangat. Aku kadang - kadang malas sebenarnya nak panjat tangga pergi rumah warden, jadi aku fly jela ikut suka hati. Kadang - kadang buat PBM sendiri.

17) Apa benda korang harap pernah jadi, tapi ianya tak tercapai akal dan confirm takkan jadinya!
Pegang jawatan PKR Phoenix dan SPM straight's A+

18) Kalau diberi peluang balik masa 4/5 apa yang korang nak buat ?
Aku nak ambil Akaun supaya aku tak masuk kelas 4 Platinum. Alahai, mereng aku setahun bersama budak - budak lelakinya. Masyaallah! Tapi aku tak sanggup nak ambik SPM banyak - banyak kali. Cukuplah sekali seumur hidup.

19) Kalau tak masuk SAKBA, agak - agak kat sekolah lama apa cerita korang eh ?
Maybe aku tak akan ada sangat sifat kepimpinan dalam diri and still sombong pada junior pasal bagi aku junior ni kadang - kadang menyemak. Maybe aku akan score terbaik dalam exam dan selalu dapat pujian cikgu - cikgu.

20) Describe in one word tentang korang sebelum, semasa, dan selepas jadi warga SAKBA.
One word je ? Kalau aku nak describe banyak - banyak tak boleh ke ?

Sebelum : Trully excited pasal dapat masuk SBP.

Semasa : Serabut dan pening dengan perangai budak lelaki kelas 4 Platinum, macam mana nak dapat flying colours, nak handle perasaan yang terasa terpenjara dan nak jalankan tanggungjawab yang Masyaallah agak banyak dan berat.

Selepas : Menyesal sebab keluar dari SAKBA pasal SAKBA give me many experience di mana buatkan aku bertambah matang dan Alhamdulillah keluar daripada kelompok yang jahil agama.


Itu je yang mampu aku huraikan dan ceritakan. Sungguhlah orang kata, stay dekat asrama is the best experience ever.

Auf Wiedersehen!

No comments: