Saturday 13 April 2013

Rahsia Solat Di Awal Waktu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

   Hari ini saya nak kongsikan ilmu yang saya dapat apabila stalk kawan - kawan di Facebook. Alhamdulillah, tersangat lah bersyukur mendapat kawan - kawan yang mampu berkongsi ilmu agama terutamanya jiran sebelah rumah saya yang pernah belajar di sekolah agama. Ilmu yang saya dapat ini daripada nota Azzarul Shammil Bin Shammas mengenai Rahsia Solat Di Awal Waktu. Sama - sama lah renungkan dan ambil pengajaran daripada ilmu ini :)


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga ala mini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam ialah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi Tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa), dalam erti kata lain sedar dari tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh,tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap Optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuhmelalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya, sudah mendapat tenaga yang tidak berkualiti dan optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq&Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu ini jasad dan roh seseorang terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita :)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi Jin dan Iblis (infra-red) dan ini bermakna Jin dan Iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isya`, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isya`ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isya` akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil Tidur Delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam akan mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar Pineal, Pituitari, Talamus dan Hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah factor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti Taichi dan Qi-qong. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga chakra alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam  sepatutnya bersyukur kerana telah di`kurniakan` syariat solat oleh Allah S.W.T tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga chakra alam ini.

Mesej daripada Azzarul yang ditulis di FB : Hakikatnya, kita seharusnya menginsafi diri kita dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Share dan sebarkanlah kepada sahabat-sahabat kita. * jangan asyik nak enjoy je dengan fb, jadikan fb sebagai medium penyebaran dakwah :D 

No comments: