Wednesday 15 May 2013

Matrik dan Tingkatan 6 untuk budak bodoh?

Greeting Text

       Sebenarnya aku agak tercabar bila mendengar statement " Matrik dan Tingkatan 6 ini cuma untuk budak - budak bodoh je". Aku rasa macam nak mengamuk sambil maki - maki orang yang kata macam itu pasal aku dapat Matrik dan ada juga sebilangan kawan - kawan sambung belajar di Tingkatan 6. Tolong jaga sikit ya mulut kamu itu bila hendak berkata - kata. Bak kata pepatah, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa.

    Bagi aku, sesiapa yang mengeluarkan statement seperti di atas agak kurang ajar dan fikir bahawa dia sahaja yang pandai. Walaupun Matrik dan Tingkatan 6 merupakan last choice bagi lepasan SPM tetapi bagi pelajarnya tempat ini lah yang membuat mereka berjaya. Sekarang ini, peluang lebih luas diberikan kepada pelajar Tingkatan 6 dan Matrikulasi untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi. Tak percaya ?

   Bagi lepasan Tingkatan 6 yang berjaya mendapat pointer 2.5 ke atas dan pelajar Matrikulasi yang mendapat 3.0 ke atas mempunyai peluang yang lebih cerah untuk sambung belajar di Universiti berbanding pelajar Asasi mahupun Diploma. Contohnya, kau buat Asasi Sains di UM dan berniat untuk buat Medic tetapi kau cuma dapat pointer 3.5 sahaja tetapi kau tak dapat sambung buat Medic sebaliknya kau dibuang ke Universiti lain. Berbanding pelajar lepasan Tingkatan 6 or Matrik, kalau dapat 3.5 dan ke atas pon dah boleh sambung buat ijazah Medic. Yang mana kau rasa lagi loser?

   Kau tak boleh assume yang kau dapat sambung Asasi dan Diploma di Universiti, kau ni pandai. Banyak lah orang yang pandai pergi Matrik or Tingkatan 6 sebab dapat kursus yang bukan pilihan korang. Contohnya, kawan abang aku yang sanggup sambung Tingkatan 6 semata - mata nak masuk UIA although result SPM dia dapat 10A. Dan, akhirnya hasrat dia untuk belajar di UIA tercapai sebab keputusan STPM dia sangat elok.

   Pendapat aku, kau tak boleh nak anggap diri kau pandai just sebab kau dapat jejak Universiti lebih awal. Yang dapat straight A's masuk Matrik dan Form 6 relax je, kau yang result SPM tak seberapa nak cemuh budak Form 6 dengan Matrik pulak.

No comments: