Monday 13 May 2013

Sambung belajar di Mara

Greeting Text

      Sebenarnya aku hendak menulis berkaitan Mara ini di Facebook sahaja tetapi memandangkan cuma yang berkawan dengan aku sahaja boleh melihat post tersebut maka aku putuskan untuk menulis di blog sahaja. Aku sebenarnya agak gementar memandangkan esok merupakan hari temuduga Maktab Perguruan aku. Terima kasih kepada Marsyie yang sudi berkongsi post entri kawannya Pengalaman Temuduga IPG oleh Fatini Dalili. Sepatutnya aku post entri ini pada 2 hari yang lepas, tetapi akibat terlalu penat jadi aku post hari ini.
 
    Okay, let's talk about the topic. Kenapa nak sambung belajar di Kolej Mara or Universiti yang mempunyai talian dengan Mara ? Pada pendapat aku lah, belajar di Kolej Mara or Universiti yang ada link dengan Mara ini banyak kelebihannya.

     First, kau akan dapat pinjaman Mara. Memang lah kalau masuk IPTA pon akan dapat pinjaman PTPTN tetapi pinjaman Mara ini ternyata berbeza. Bila kau daftar pada hari pendaftaran, secara automatiknya kau akan dapat pinjaman. Pinjaman ini tidak perlu dipohon macam Pinjaman PTPTN. Ini berdasarkan maklumat yang abang UNIKL beritahu apabila menelefon aku. Suara abang itu Masyaallah, boleh buat orang melting.

  Second, mengenai pembayaran pinjaman yang dibuat. Kita sedia maklum, bagi peminjam PTPTN yang menjelaskan hutang pinjaman mereka dengan lebih awal akan dapat 20% diskaun. Bererti kau cuma kena bayar 80% daripada jumlah yang kau pinjam, itu pon kalau kau cepat menjelaskannya. Tentu lah agak susah bagi lepasan Universiti untuk terus bayar kan? Based from apa yang aku dapat mengenai Pinjaman Mara from Karnival Pendidikan Mara 27 April lepas, bagi peminjam yang mendapat pointer 2.5 ke atas cuma dikenakan bayaran 20% daripada jumlah sebenar yang dipinjam. So, kau orang akan save 80%. Untuk pengetahuan korang, bayaran yang dikenakan MRSM lagi murah okay daripada bayaran yang dikenakan sewaktu masuk SBP.

    Third, Mara adalah suatu pertubuhan yang diwujudkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Jadi, kenapa kita tidak gunakan sahaja inisiatif yang ditubuhkan ini? Tambahan pula, banyak orang menentang Mara sebab ianya 100% for Malays and ada pihak yang mempergunakan hal ini untuk kepentingan politik. Jadi, untuk kestabilan negara Mara terpaksa membuka peluang 10% kepada orang bukan Melayu. Ini bukan pasal racist okay, I'm a a pure penyokong Pas tetapi ini adalah hak bangsa Melayu yang telah diwujudkan tahun 1953 yang sebelum ini dikenali sebagai RIDA sebelum ditukar kepada MARA. Siapa yang belajar sejarah Tingkatan 5 kena tahu pasal RIDA. Masuk SPM ini, baca cepat!

      Sekarang ini, boleh nampak kan yang bangsa lain lebih maju dalam bidang pendidikan berbanding Melayu. Although SBP yang dahulunya ditubuhkan untuk anak - anak Melayu pon sekarang dah dibuka kepada non-Malay. Menurut sejarah, SBP pada mulanya ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman untuk pendidikan anak - anak Melayu tau.

    Okay, back to the topic. Nasihat aku kepada korang semua ini, ambil peluang untuk yang diberikan oleh Pihak Mara. Bukan semua orang dapat peluang ini. Ini adalah pendapat aku, tapi korang yang akan memilih ke mana korang akan sambung belajar.

No comments: